Langkau ke kandungan utama

Webinar Pengurusan Nombor Giliran dengan QRQ: Sel, 8 Sep, 4:00 PTG GMT+1 Daftar

Sistem Nombor Giliran
untuk perniagaan

Sediakan sistem pengurusan giliran dalam beberapa minit, sesuai untuk perniagaan kecil mahupun berbilang lokasi

MENYOKONG ORGANISASI TERKEMUKA DI SELURUH DUNIA

Calderdale CollegeThe Paper BunnyProntodenim.comDECATHLONk-tuiniSTYLE

Tidak perlu lagi beratur

QRQ membolehkan pelanggan menyemak giliran melalui telefon dan menunggu dengan lebih selesa di mana-mana sahaja

Pelanggan menyertai giliran dengan mengimbas kod QR
Tidak perlu beratur — pelanggan bebas berjalan atau minum kopi sementara menunggu
Notifikasi segera memastikan pelanggan sentiasa mengetahui status giliran dan kembali tepat pada masanya.

Menunggu tanpa kerisauan

QRQ mengurangkan ketidakpastian dengan kemas kini giliran masa nyata, anggaran masa menunggu, dan notifikasi segera.

Tidak perlu peralatan khas

Urus nombor giliran dengan mudah menggunakan peranti sedia ada seperti telefon pintar dan komputer riba. Paparan ruang menunggu, pencetak nombor giliran, atau kiosk boleh ditambah jika perlu.

Operasi lancar & tersusun

Pantau dan urus semua lokasi dari satu papan pemuka dengan akses segera kepada analitik, log audit serta maklum balas pelanggan.

Lihat demonstrasi

Mula menggunakan QRQ dalam beberapa minit

Cipta giliran

Mengurus pergerakan pelanggan mengikut kehendak anda

QRQ menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda membina pengalaman berjenama tersendiri serta mudah digunakan oleh staf dan pelanggan

Sesuaikan nombor giliran mengikut aliran kerja anda

Pelanggan boleh memilih perkhidmatan dan menjawab tinjauan sebelum menyertai giliran. QRQ akan mengarahkan mereka kepada staf atau lokasi yang sesuai berdasarkan tetapan anda

Sesuaikan nombor giliran mengikut aliran kerja anda

Perkasakan staf, tingkatkan pengalaman pelanggan

QRQ memudahkan staf mengurus pelanggan melalui antara muka yang ringkas membolehkan mereka fokus memberikan perkhidmatan terbaik

Perkasakan staf, tingkatkan pengalaman pelanggan

Gayakan mengikut identiti anda

Sesuaikan logo dan warna jenama anda pada setiap paparan yang dilihat pelanggan agar QRQ selari dengan penampilan perniagaan anda

Gayakan mengikut identiti anda

Harga Fleksibel Mengikut Keperluan Anda

Pelan dan Harga

Jimat 20% dengan bayaran tahunan

QRQ Lite

Percuma

Ya, sepenuhnya percuma

Mengapa?

Pengurusan giliran untuk pengusaha solo dan perniagaan kecil

  • Kod QR tanpa had untuk pelanggan menyertai giliran
  • Kemas kini masa nyata dan notifikasi segera
  • Borang pelanggan
  • Satu operator mengurus semua giliran
  • Paparan nombor giliran
  • Bantuan E-mel dan chat

Tambahan

  • Analitik dan eksport data
  • Penjenamaan tersuai

QRQ Plus

5 giliran disertakan

Pengurusan giliran dan pergerakan pelanggan untuk situasi yang lebih kompleks

  • Semua ciri dalam pelan Lite
  • Penjenamaan tersuai
  • Borang lanjutan dan pilihan perkhidmatan
  • Giliran mengikut kaunter & staf tertentu
  • Pengumuman suara di ruang menunggu
  • Kiosk layan diri dan pencetak tiket
  • Keutamaan sokongan melalui e-mel dan chat

Tambahan

  • Analitik dan eksport data
Cuba pelan

QRQ Pro

10 giliran disertakan

Meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan pengalaman pelanggan

  • Semua ciri dalam pelan Plus
  • Analitik dan eksport data
  • Maklum balas pelanggan automatik
  • Alat promosi
  • Log audit dan makluman perkhidmatan
  • Eksport data dan akses API
  • Pengurus akaun khusus
Cuba pelan

Penggunaan tanpa had tertakluk kepada polisi penggunaan saksama.

Perbandingan pelan

Pengurusan nombor giliran

Giliran
5 disertakan
Kunjungan
tanpa had
Operator setiap giliran
tanpa had
Kemas kini masa nyata dan notifikasi segera
Borang pelanggan
Borang lanjutan dan pilihan perkhidmatan
Giliran mengikut kaunter & staf tertentu
Paparan nombor giliran
Pengumuman suara di ruang menunggu
Kiosk layan diri dan pencetak tiket

Alat promosi dan penjenamaan

Penjenamaan tersuai
Alat promosi

Analitik & data

Maklum balas pelanggan automatik
Analitik dan eksport data
Log audit dan makluman perkhidmatan
Eksport data dan akses API

Bantuan

Bantuan E-mel dan chat
Diutamakan
Pengurus akaun khusus

Penggunaan tanpa had tertakluk kepada polisi penggunaan saksama.

Ada keperluan khusus?

Kami menyediakan pelan tersuai dengan harga istimewa mengikut tahap penggunaan, pelan khas untuk institusi pendidikan, serta lesen bagi program atau acara jangka pendek

Apa kata pelanggan kami

QRQ telah terbukti memberi manfaat kepada sektor peruncitan, penjagaan kesihatan, acara dan pendidikan — lihat sendiri buktinya.

  • Foto Raul Isiegas 1Foto Raul Isiegas 2Foto Raul Isiegas 3Foto Raul Isiegas 4

    Sebagai rakan kongsi Premium Apple terbesar di Sepanyol dengan rangkaian 46 buah kedai, perkhidmatan cemerlang ialah keutamaan kami. QRQ membantu mengekalkan standard tersebut dengan melancarkan aliran pelanggan di setiap cawangan kami.

    Raul Isiegas
    Raul IsiegasPengurus E-dagang, K-tuin
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris
  • Pasukan QRQ telah membangunkan penyelesaian yang canggih untuk rangkaian kedai kami, mereka menggabungkan teknologi pengecaman wajah dan geofencing. Boris dan Elena sangat profesional serta mudah untuk bekerjasama.

    Chanasinj Sachdev
    Chanasinj SachdevPengarah Kreatif, Prontodenim.com
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris
  • QRQ membantu kami menguruskan giliran dalam acara belia secara langsung dengan lebih lancar, menjadikan urusan peserta dan petugas lebih teratur. Sistem ini ringkas namun berkesan, serta membawa perubahan besar dalam pengendalian acara komuniti yang dinamik.

    Neel
    NeelPengasas, Tons of Sound
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris
  • QRQ.App telah meningkatkan kecekapan pengurusan pengunjung di pusat pendaftaran kursus bahasa Jerman kami. Sistem giliran digital ini memudahkan para peserta mendaftar masuk serta menunggu giliran tanpa berlaku kekeliruan atau kesesakan. Penyelesaian ini mudah dan berkesan, ia membantu kami mewujudkan pengalaman peserta yang lebih baik.

    Lucifer Crispian Tonn
    Lucifer Crispian TonnVolkshochschule Badische Bergstraße
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris
  • Kami menggunakan QRQ untuk menguruskan giliran pelanggan dengan lebih lancar di klinik haiwan Saimoon, dan ternyata keseluruhan proses menjadi lebih mudah. Salah satu kelebihan QRQ tidak memerlukan perkakasan baharu — ianya berfungsi pada hampir semua jenis peranti seperti televisyen, telefon pintar dan komputer. Selain itu, pasukan sokongan QRQ juga pantas dan responsif membantu, sekali gus memudahkan urusan. Kami sangat mengesyorkan QRQ kepada sesiapa yang mencari sistem nombor giliran yang mesra pengguna dan boleh dipercayai.

    Ron Wongmalasit
    Ron WongmalasitSaimoon Pet Clinic
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris
  • Chris Hellawell
    Chris Hellawell

    QRQ telah memudahkan proses pendaftaran pelajar kami, menjadikannya lebih cekap dan lancar. Dengan proses baharu ini, kami berjaya menerima 4,000 pelajar baharu ke kolej kami pada tahun 2025.

    Chris HellawellPakar CX Digital, Calderdale College
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris
  • Yana Grigorieva

    Kami menghubungi QRQ untuk membangunkan sistem pengurusan giliran digital bagi acara pandu uji jenama automotif terkemuka, disesuaikan mengikut keperluan kami. Walaupun tempoh yang diberikan sangat singkat, pasukan QRQ berjaya menyiapkannya dalam tempoh kurang daripada seminggu. Ianya dilengkapi panduan penggunaan yang mudah difahami dan sokongan 24/7 secara jarak jauh sepanjang acara berlangsung. Memang terbaik!

    Yana GrigorievaPengurus Projek, 7rivers.asia
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris
  • Achille Mailhe

    Kami menggunakan QRQ untuk Festival Sukan Decathlon di mana lebih 35 kelab sukan menggunakan sistem ini bagi menguruskan giliran peserta. QRQ berfungsi dengan sangat baik, meningkatkan pengalaman pengguna serta membantu kelab-kelab ini menguruskan kehadiran lebih 25,000 orang dengan lebih teratur.

    Achille Mailhe
    Achille MailhePenyelaras Acara, Decathlon
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris
  • Netra Prasad

    QRQ terbukti sebagai penyelesaian yang luar biasa, mudah digunakan tetapi tetap mempunyai fungsi-fungsi yang memenuhi keperluan pusat penempatan pekerjaan kami.

    Netra PrasadPengurus Operasi, Protech Nepal Employment LTD
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris
  • Clinton Paris

    QRQ sangat membantu saya mengurus giliran dalam kelas! Murid hanya perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan di hadapan kelas untuk menyertai giliran dan menunggu tunjuk ajar daripada saya.

    Clinton Paris
    Clinton ParisGuru Matematik, Linderman Education Center
    Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris

Soalan lazim

Masih ada pertanyaan? — E-mel kami di inbox@qrq.app atau

01

Adakah QRQ Lite benar-benar percuma?

Ya. QRQ bermula sebagai projek percuma semasa pandemik COVID-19 untuk membantu orang ramai menjaga jarak dan mengurangkan penyebaran virus ketika beratur. Seiring perkembangan QRQ, kami memperkenalkan ciri premium untuk memenuhi keperluan yang lebih kompleks. Pelan berbayar ini kini membiayai QRQ Lite, sekali gus memastikan ciri utama kami kekal 100% percuma untuk semua orang.

02

Perlukah staf ataupun pelanggan memuat turun aplikasi?

Pelanggan atau staf anda tidak perlu memasang sebarang aplikasi. QRQ menggunakan teknologi berasaskan web serta Apl Clip pada iOS bagi memastikan pengalaman yang lancar.

03

Adakah saya memerlukan perkakasan khas untuk menggunakan QRQ?

Perkakasan khas tidak diperlukan. Staf anda boleh mengurus nombor giliran menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer riba, manakala pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR melalui telefon mereka. Anda boleh menambah kiosk layan diri, TV pintar dengan pengumuman suara atau peranti lain pada bila-bila masa sekiranya perlu.

04

Adakah ianya mematuhi GDPR?

Ya. Kami mematuhi piawaian privasi utama seperti GDPR dan CCPA. Rujuk Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut.

05

Apakah pilihan pembayaran yang tersedia?

QRQ menawarkan langganan fleksibel secara bulanan atau tahunan. Kami menerima semua kad kredit utama serta pindahan bank.

06

Bolehkah organisasi bukan berasaskan keuntungan menggunakan QRQ secara percuma?

Ya! Walaupun QRQ Lite percuma untuk semua, kami juga menawarkan pelan berbayar QRQ Plus dan QRQ Pro secara percuma sepenuhnya kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan. Kongsikan kepada kami maklumat organisasi anda di nonprofit@qrq.app.

Mulakan QRQ

Hapuskan ketidakpastian dengan kemas kini masa nyata, pengurusan yang mudah dan sistem giliran yang memudahkan pasukan anda mengurus giliran dengan yakin.

Jana giliran